BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Disipin bermaksud peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan. Pengurusan disiplin merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Perkara penting yang perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah.
Pengetua dan guru-guru di sekolah memainkan perana yang sangat penting kerana mereka bertanggungjawab secara langsung terhadap semua perkara di sekolah yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap murid-murid. Penyeliaan bilik darjah juga perlu diambil kira bagi memastikan keselamatan dan mengambil langkah proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar munasabah. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha masalah disiplin pelajar.
Terdapat beberapa prosedur tindakan disiplin di sekolah antaranya ialah:
- Tindakan yang betul - pelajar perlu diberitahu kesalahan mereka. Beri mereka peluang untuk membela diri. Dengar rayuan mereka dan jatuhkan hukuman dengan adil.
- Rujuk - Buku Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah
- Elak hukuman yang tidak megikut surat pekeliling
Ordinan Pelajaran 1957 dan Peraturan Disiplin 1957 banyak menyatakan peraturan dalam mengenakan hukuman kepada pelajar. Oleh itu, guru haruslah mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh guru dan tidak membuat hukuman secara sesuka hati. Antara salah laku utama murid di sekolah ialah ponteng, buli, kekemasan diri, memghisap rokok dan mencuri.
Terdapat beberapa pengurusan dan program pembangunan disiplin murid di sekolah contohnya:
- peningkata kualiti kepimpnan sekolah
- pemantapan pengurusan sahsiah dan disiplin
- pemantapan program sekolah selamat
- pemantapan program patriotik
- pemantapan program pembudayaan adab murid
- pemantapan program meningkatkan konsep kendiri dan jati diri murid
- pemantapan program pencegahab salah laku berat dan jenayah
- pemantapan sistem salahlaku disiplin murid
Oleh itu, rekod salah laku murid haruslah dikemas kini dan pastikan guru mengambil berat tentang hal ini. Di bawah saya lampirkan contoh borang rekod salah laku murid di sekolah.
Comments
Post a Comment