BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Sekolah adalah sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.) Ia memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.

Ibu bapa hendaklah menjadi role model  kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.

Kepakaran dan pengalaman anggota   masyarakat amatlah dialu-alukan dalam organasisasi sesebuah sekolah. Penglibatan aktif PIBG juga dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. 

Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat  aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat 1 Malaysia.  

Oleh itu, persekitaran pembelajaran pelajar memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran berjalan dengan lancar. Semua pihak perlu memberi komitmen untuk membantu pihak sekolah.






Comments

Popular posts from this blog

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA