BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Pada zaman lepas, lima hingga enam orang pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran guru sudah dianggap sebuah bilik darjah. Namun, pada zaman sekarang sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru baru dianggap bilik darjah. Jadi, pada dasarnya sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja pelajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu kelas. Terdapat beberapa jenis bilik darjah di sekolah contohnya, bilik darjah tradisi, bilik darjah kbsr dan kbsm, dan bilik darjah terbuka.
Penyusunan bilik darjah adalah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan ini dapat mengalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Menurut Sharifah Sakinah Alsagof (1986), persekitaran bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Guru haruslah melakukan rutin harian untuk memastikan susunan kelas dalam keadaan baik.
Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu:
- membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah
- rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan
- semua bahan pengajaran perlu disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati
- merancang rutin dengan sempurna dan bersistem
Selain itu, penyimpanan rekod juga penting dalam pengurusan bilik darjah. Tujuan penyimpanan rekod adalah untuk membolehkan guru membuat penilaian terhadap objektif pengajarannya sama ada berjaya atau gagal.
Dalam strategi mengurus bilik pembelajaran ada tiga faktor yang paling penting iaitu:
- unsur fizikal bilik darjah
- interaksi dalam bilik darjah
- iklim pembelajaran positif
Ketiga-tiga faktor ini sangat berkait rapat untuk memastikan proses mengurus bilik pembelajaran berjalan secara lancar.
Comments
Post a Comment