BAB 7: PENGURUSAN SUMBER
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Pusat sumber yang ada di setiap sekolah merupakan tempat pengurusan sumber yang paling penting. Banyak manfaat jika pelajar rajin ke pusat sumber contohnya seperti mengulangkaji pelajaran ataupun mendapatkan ilmu baru. Konsep belajar berasaskan sumber ini adalah mendengar, melihat dan megingat.
Antara objektif pusat sumber adalah untuk:
- kecemerlangan pendidikan
- penggunaan kemudahan
- pemupukan tabiat belajar
- penghasilan bahan
- perkhidmatan pembelajaran
- kemahiran maklumat
Antara kaedah pembelajaran berasaskan sumber ialah:
- meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan pelbagai disiplin pelajaran
- dibinmbing oleh guru dan berpusatkan murid
- individu atau berkumpulan
- menggunakan bahan bantu mengajar
Dasar pembelajaran berasaskan sumber ialah pembelajaran individu secara aktif. Oleh itu guru haruslah menggunakan pelbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja, saluran komunikasi dan akan menyebabka peningkatan motivasi belajar.
Comments
Post a Comment