BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH


Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera

Image result for pengurusan bilik darjah


Pengurusan bilik darjah adalah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yng merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.

Antara perkara dalam pengurusan bilik darjah ialah:
  • aktiviti pengajaran berkumpulan
  • aktiviti pengajaran individu
  • pusat pembelajaran
  • penyediaan bahan
  • pengurusan sumber

Antara peranan guru dalam memastikan pengurusan bilik darjah dalam keadaan terkawal ialah mengumpul maklumat murid, merancang pengajaran, membentuk sikap yang positif, meningkatkan kemahiran diri dan akhir sekali menilai.

Ruang bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan bina mengikut kreativiti guru dan murid adalah contoh ruang bilik darjah yang bagus. Antara jenis pusat pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu pusat pembelajaran langsung, pusat pembelajaran terbuka dan pusat pembelajaran kemahiran. Pengurusan ruang bilik darjah ini sangat penting untuk memastikan kelicinan dalam proses PnP.

Image result for ruang bilik darjah

Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah untuk membantu guru mengendalikan dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih lancar. Pengetahuan yang lebig tentang pengurusan bilik darjah akan memberikan keyakinan dan masa yang lebih banyak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA