BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Image result for kepimpinan dan organisasi kartun

Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri. Menurut Robert Kreither, keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.

Organisasi di sekolah terdiri daripada guru besar, guru penolong kanan, guru sekolah dan murid. Guru besar bertanggungjawan dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan perlaksanaanya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran. Guru besar juga memainkan peranan utama dalam selok belok pengurusan sekolah.

Image result for organisasi sekolah


Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955).

Oleh itu, organisasi sesebuah sekolah itu memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan sekolah dalam keadaan teratur dan berjalan lancar. Jika tiada kepimpinan dalam anggota organisasi juga akan menyebakan sekolah menjadi tidak terurus. Semua individu daripada peringkat atas hinggan ke peringkat bawah perlu bersama-sama berbincang supaya ianya dapat diselesaikan dengan mudah.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA