BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Related image

Interaksi adalah perhubungan aktif antara satu sama lain. Interaksi ini adalah sangat penting dalam proses pembelajan. Melalui intekrasi, pelajar dapat membuat sesuatu tindakan. Guru merupakan individu yang paling penting untuk mengalakkan interaksi sama ada dengan guru mahupun dengan rakann sekelas. Interaksi dalam bilik darjah ini boleh berlaku sama secara lisan ataupun bukan lisan
          Terdapat beberapa interaksi dalam di dalam blik darjah. Antaranya ialah interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan dan interaksi sosial. Interaksi dua hala adalah interaksi antara guru dan murid contohnya. Jika tiada interaksi dua hala ini, maka pelajar akan menjadi pasif. Interaksi berkumpulan adalah bertujuan untuk mengalakkan pernyertaan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru hanyalah pemudahcara untuk membantu pelajar. Interaksi sebegini mampun memupuk nilai positif seperti berkerjasama dalam diri pelajar. Pelajar yang apsif juga akam mampu berinteraksi dengan aktif dengan rakan lain. Sesi aktiviti seperti ini juga dapat menjana idea yang berkualiti dalam diri pelajar. Dengan adanya bentuk interaksi yang pelbagai ini akan mewujudkan interaksi yang berkesan.
           Untuk mendapatkan interaksi yang berkesan, komunikasi adalah perkara yang paling penting. Tanpa komunikasi yang tidak betul, maka interaksi tidak akan menjadi. Komunikasi terbahagi kepada banyak jenis dan antaranya ialah secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat dan bertulis. Untuk mendapatkan komunikasi yang berkesan individu tersebut perlu tahu bagaimana untuk memulakan komunikasi. Pelbagai halangan yang boleh menyebabkan komunikasi tidak berkesan antaranya ialah bahasa tidak jelas, komunikasi lisan dan bukan lisan tidak selari, kekurangan kemahiran mendengar dan kurang persefahaman.
          Oleh itu, guru haruslah memainkan peranan yang penting untuk memastikan pelajar dapat menggunakan komunikasi yan berkesan supaya murid dapat berinteraksi dan saling bertukar-tukar idea.
           

Comments

Popular posts from this blog

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA