BAB 1 SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera,


Image result for sosiologi pendidikan

Sosiologi adalah salah satu bidang sains kemasyarakatan. Ia juga lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian. Terdapat tiga teori utama dalam sosiologi iaitu fungsinalisme, konflik dan interaksionalisme.
          Teori fungsionalisme ini adalah berkaitan dengan perlakuan sosial atau institusi dalam kegiata yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. Menurut teori ini juga struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat. Teori yang kedua ialah teori konflik. Teori konflik ini menumpukan bidang kajian tentang konflik-konflik dalam masyarakat. Teori ini juga sangat menolak kapitalisme dalam kehidupan bermasyarakat. Kebanyakan hasil kajian ini membincangkan mengenai sama ada struktut-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kepada manusia atau sebaliknya.
          Teori yang terakhir ialah teori interaksionalisme. Teori ini pula mengfokuskan kepada bagaimana seseorang menginterprestasikan dan bertindak menurut kemahuan masing0masing dalam masyarakat. Interaksi sosial ini amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar. Manusia jika mempunyai kebolehan untuk membuat modifiaksi dan alterasi. Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan atau keburukan dan menentukan tindakan. Jalinan interaksi dan aksi ini akan membentuk kumpulan masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA